“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh
cinta,
lelaki itu tidak semestinya
punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah
segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu
mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari
kekuatan
untuk terus tabah menyintai
lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan
marah,
memang dia tidak mampu mengawal
perasaannya
tapi percayalah, itulah
maknanya
dia sangat mengambil berat dan
menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru
bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin
bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak
pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap
banyak,
dia tidak pernah bermaksud
untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki
mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia
mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak
mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda
lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Apabila perempuan cemburu dan
tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak
sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan
anda
dan masih menganggap anda anak
kecil
yang masih memerlukan sepenuh
perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau
sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati
kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik
untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk
dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa
dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang
mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak
menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu
merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari
kata-kata
tetapi juga melalui bahasa
tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia
rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu
akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki
lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji
kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana
kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang
kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu,
percayalah,
walaupun perempuan menganggap
masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap
yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi
degil,
dia bukan bermaksud untuk
menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu
sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya
dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh
anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari
anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar
menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal
perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling
menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan
perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan
lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling
memahami,
mereka akan saling melengkapi
dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh
Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang
lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu
tampak lemah
tapi dia punya kekuatan
tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat
lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran
seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan
dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan
untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih
sempurna.
Dialah yang bakal menjadi
perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.
No comments:
Post a Comment