Tuesday 13 December 2011

Cukuplah Aku Mencintaimu Dalam Diam



Kalau kita sukakan seseorang,

jangan beritahu si dia.

Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya

Tapi luahkan pada Allah,

beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Cintai Dia Dalam Diam,

Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!


Cukup cintai dalam diam

bukan kerana membenci hadirnya

tetapi menjaga kesuciannya

bukan kerana menghindari dunia

tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup


Cukup cintai dari kejauhan

kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian

kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan

kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga


Cukup cintai dengan kesederhanaan

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan

menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan


Cintailah dengan keikhlasan

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati

tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,

kelak ada insan yang bakal dilukai,

Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,

nanti hati yang kecewa sendiri.



Sebaliknya,

gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,

nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,

kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri


Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan

mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan

serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya

biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

P/S : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.

Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…






Jangan menunggu bahagia baru tersenyum
Tapi tersenyumlah, maka akan bahagia


Jangan menunggu kaya baru bersedekah

Tapi bersedekahlah, maka semakin kaya


Jangan menunggu cinta baru berta’aruf

Tapi berta’aruflah, insya Allah cinta hadir dalam ridhaNya


Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru berkahwin

Tapi berkahwinlah, maka insya Allah kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu..

No comments:

Post a Comment