"Abang, minta izin untuk
nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian
kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya
dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV
sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas
menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah,Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia
menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia,Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis
genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. "Kau mampu Asraf, dengan gaji
kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif,
teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah."Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu
memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini,
panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh,cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai,
penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang,Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia
tahu,Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda."Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari
saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan
apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah
jawabnya.Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni,isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah. "Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri
Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta,"
masih lembut dia memujuk Qis. "Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?" "Takutlah >> hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya
berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis
hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu,dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta
anak-anaknya,berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah
agama.Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun,
lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya.Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih.
Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox
hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang
tersayang... Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang
hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta,
moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abg yang dikasihi, Genap
seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana
Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah
kemukakan penilaian Aliyah. Dengan
ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak
nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak
sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg
sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas
dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg....
Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western
food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula
Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat
lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg
muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya
ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg... Aliyah ada
mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam.
Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah
harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan Abg...
Abg yang disayangi, Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu
persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai, Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah
siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang
ini, isi dan pergilah kepada Qistina.Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah
berada di sawarak menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.Tetapi,
jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan
pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah. Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery Tangannya
pantas membuka pintu biliknya. Di situ
berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia
tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!
No comments:
Post a Comment