Sunday 25 December 2011

Berkahwin Ketika Belajar


 
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Norma masyarakat kita, tamat pengajian dan bekerja beberapa tahun dulu baru mendirikan rumah tangga. Namun, kini semakin ramai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berkahwin ketika belajar terutama dalam kalangan penuntut pengajian Islam dan mereka yang belajar di luar negara.
Sememangnya memenuhi tuntutan agama itu pada usia muda memberi banyak manfaat terutama untuk menghalalkan hubungan daripada terjebak dengan budaya couple yang boleh mengundang maksiat.
Melangsungkan perkahwinan pada cuti semester menjadi pilihan kebanyakan pelajar yang mengambil keputusan kahwin awal.

Dengan restu dan sokongan ibu bapa, niat baik mereka dipermudahkan walaupun berdepan pelbagai cabaran. Pelajar terpaksa membuat persiapan saat akhir kerana perlu menduduki peperiksaan dan bersengkang mata membuat kerja sampingan bagi memastikan bajet mencukupi.
Antaranya, pasangan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Azwan Fadhli Muhamad, 24 dan Azizan Mohd Zan, 23 yang sah bergelar suami isteri apabila menjalani akad nikah, baru-baru ini di Klang.
Mohd Azwan berkata, beliau berhasrat mengikut hubungan suci itu sejak tahun lalu, bagaimanapun perlu beberapa kali berjumpa keluarga pasangannya untuk meyakinkan mereka mengenai hasrat murninya itu.
Katanya, perancangan awal memeterai ikatan itu pada Mei lalu, setelah bertunang Februari lalu, bagaimanapun tarikh itu ditunda kepada cuti semester bulan ini kerana faktor kewangan dan tuntutan pengajian.
“Sejak mengenali Azizan yang juga sama kelas bagi mata pelajaran Khat, saya bercadang berkahwin awal. Saya yakin keputusan mendirikan rumah tangga pada usia muda pastinya membawa berkat.
“Melihat ramai rakan di universiti yang berkahwin ketika belajar bertambah terurus hidup mereka, mendapat keputusan akademik lebih baik. Mereka juga bijak mengurus masa serta lebih bertanggungjawab. Senario ini meningkatkan keyakinan saya untuk meneruskan hasrat ini.
“Keputusan menangguhkan perkahwinan juga bagi menghormati permintaan ibu mentua yang mahukan anaknya tamat pengajian sekurang-kurangnya pada peringkat ijazah Jun lalu sebelum meneruskan pengajian al-Quran dan Sunnah peringkat sarjana bermula 13 Disember lalu,” katanya.
Mohd Azwan yang kini mengikuti pengajian tahun akhir ijazah Sains Seni Bina berkata bagi menanggung kos perbelanjaan perkahwinan kira-kira RM15,OOO, beliau mengambil upah projek seni reka grafik dan fotografi sementara pasangannya menjadi guru tadika serta mengadakan kelas tuisyen sebagai pekerjaan sampingan.
Sementara itu, Azizan berkata, persefahaman antara pasangan dengan keluarga memudahkan persiapan perkahwinan termasuk mengambil langkah berjimat cermat.
“Memahami situasi kami yang sama-sama belajar dan belum ada pendapatan tetap keluarga tidak meletakkan nilai hantaran terlalu tinggi dan pemilihan barang hantaran juga berpatutan.
“Kad jemputan perkahwinan kami siap sebulan sebelum majlis kerana dibuat sendiri Mohd Azwan yang perlu menunggu tamat peperiksaan pada awal bulan lalu sebelum menumpukan sepenuhnya pada persiapan perkahwinan.
“Tarikh majlis bertandang bagi sebelah keluarga lelaki juga belum ditetapkan kerana perlu memikirkan soal peruntukan kewangan untuk majlis itu serta memberi keutamaan kepada pengajian semester baru bermula,” katanya.
Mengenai perancangan selepas berkahwin, Azizan berkata, mereka terpaksa tinggal berasingan di kolej kediaman masing-masing selama dua bulan sebelum menyewa rumah berhampiran UIAM.
“Kami akan terus melakukan kerja sampingan untuk menyara hidup selepas berkahwin dan pada masa sama memastikan kecemerlangan akademik supaya dapat terus menikmati kemudahan biasiswa.
“Walaupun hidup serba sederhana, lebih utama kami menghalalkan hubungan dan percaya Allah SWT sentiasa membuka pintu rezeki bagi kami. Petanda sudah ada kerana Mohd Azwan ditawarkan jawatan artis grafik sambilan daripada sebuah syarikat baru-baru ini,” katanya.
Dalam surah An-Nur ayat ke 32 terjemahannya:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Couple VS Kahwin



1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun.
2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar.
3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang.
4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin.
5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing.
6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan kepimpinan sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?

P/S PDH : Jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik kita, jagalah diri dan simpan untuk yang sah sahaja.

Kalau Bercinta Sudah Terangsang, Kahwinlah!



Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mahu belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih belajar. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu.
Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ.
Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah.
Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus.
Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda.
Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat.
Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?
Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
P/S PDH : Kalau Bercinta Sudah Terangsang, Kahwinlah!

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin.


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga.
Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikanpendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah.
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

P/S PDH : Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Kerugian Bagi Wanita Yang Menolak Perkahwinan


“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”

JANGAN MENOLAK JODOH

Hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan.Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan.
Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah danterpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya,ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa.Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu danada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.
Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu.Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin;tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh.Kalau sudah tidak ada jodoh,wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian.


Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwinbukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapijuga berlaku di kalangan masyarakat Islam.Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaranIslam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangandengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan.



perkahwinan adalah sunnah

Bahkan sunnatullah kejadian manusia,ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain.Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat.Sungguh pun demikian pada pandangan Islam,orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian.


perkahwinan menghalalkan hubungan suami isteri

Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama danmengalami kerugian di dunia dan di akhirat.Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita,adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki.Kerana umumnya bagi kaum wanita,pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah.
Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan,menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin,ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat.Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang,berpuasa dan menjaga maruah,wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.


wanita yang menjaga keperibadian

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa iaakan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketikamemasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.
Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan.Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi.Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu.Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda Rasulullah s.a.w:“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia,kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.”Para sahabat bertanya,“Bagaimana kalau ia telah berkahwin?”Jawab Baginda s.a.w, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”
Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin.Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atauberslogan seperti kebanyakan wanita hari ini.Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala.Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.


kahwin ini UNTUNG

Asas Perkahwinan


♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
Namun,
♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
P/S PDH : Jangan menunggu sempurna baru menikah.. tapi menikahlah maka kesempurnaan akan datang dalam hidupmu.

Ciri Lelaki Idaman



Apakah kriteria-kriteria yang perlu ada pada seorang lelaki untuk berjaya  menambat hati seorang wanita? Adakah mereka perlu menjadi seorang yang kaya, bijak, tampan atau sebagainya? Apakah ciri-ciri yang menjadi keutamaan untuk penilaian seorang wanita?
Ia akan terjawab selepas anda membaca artikel ini. Pendapat ini adalah hasil daripada suara majoriti yang mewakili wanita. Berkemungkinan ada juga wanita yang tidak sependapat mengenai perkara ini. Diharap artikel ini mampu untuk menjadi panduan terutamanya kepada lelaki yang masih single di luar sana.
Mampu melakukan kerja lelaki- Sebahagian wanita menyatakan bahawa mereka amat mudah terpikat terhadap lelaki yang mampu melakukann kerja-kerja lelaki seperti bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya. Mungkin ini merupakan rahsia  yang kebanyakan lelaki tidak sedar.
Sopan- Mungkin ciri seperti ini agak klasik tetapi kebanyakan wanita menyetujui bahawa mereka lebih sukakan jenis lelaki yang sopan. Sopan yang dimaksudkan bukanlah menjurus kepada perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkahlaku dan sebagainya, ia lebih kepada pertuturan mereka.Ini mungkin disebabkan oleh sifat semulajadi wanita yang mudah terguris dengan kata-kata seorang lelaki.
Cara berpakaian- Bukan wanita sahaja, tetapi orang lain juga akan selesa untuk melihat anda sekiranya berpakaian kemas. Dari segi psikologi pula, ia adalah cara terbaik untuk orang sekeliling membuat tanggapan awal yang positif terhadap diri anda. Apabila sudah berfikiran positif, maka lebih mudah untuk anda mendekati mereka.
Berjaya memikat hati ibubapa- Seorang wanita amat mementingkan perhubungan antara lelaki dengan ibubapa mereka, berbanding lelaki yang biasanya tidak terlalu mementingkan perkara ini. Sekiranya anda berjaya memikat hati ibubapa seorang wanita, anda adalah lelaki idaman mereka.
Mampu berdikari- Bagaimana seorang lelaki mampu untuk melindungi seorang wanita sedangkan diri mereka sendiri masih tidak mampu untuk dilindungi? Persoalan yang selalu bermain di fikiran wanita.
Membuatkan mereka berasa selamat- Sekiranya anda sudah berjaya membuatkan seorang wanita berasaselamat apabila bersama, anda sebenarnya telah berjaya memikat mereka.
Kelakar- Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk membuatkan wanita ketawa.
Mengambil berat- Wanita amat memerlukan perhatian daripada seorang lelaki, Mereka akan merasakan amat dihargai sekiranya  anda mengambil berat mengenai diri mereka.
Pegangan agama- Tugas besar seorang lelaki adalah untuk memimpin. Kepimpinan akan goyah sekiranya tiada satu pegangan yang kuat. Ia memang tidak boleh dinafikan.

Kitalah Couple Yang Paling Sweet


Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,
Kita ini bercintakah?
Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.
Kita ini bercintakah?
———————————————————————
Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.
Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.
Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.
Awak,
bukankah itu adalah cinta?

Pesanan Buat Bakal Isteri Dari Ibu



Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.  Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru.
Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua,
Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat,
Memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam,
Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan,
Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh,
Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya (suami) daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.

Apalah Yang Ada Pada Paras Rupa?


“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”

Si cilik cantik
Kalau seseorang itu cantik, menarik dan tampan dan pandai pula bergaya dan berpakaian, ramai orang suka memandang. Ada tarikan. Ramai yang suka berkenalan. Bahkan ramai yang akan terpikat, ingin dibuat teman atau pacaran. Dia akan jadi rebutan.


Namun, apakah harga sekujur tubuh walaupun cantik dan memikat. Apakah nilai sekeping jasad yang indah mata memandang. Yang rambutnya ikal mayang. Hidung bak seludang. Bibir bak delima merekah. Pipi bak pauh dilayang. Yang pinggangnya ramping, dadanya bidang. Tetapi akalnya kurang.


Iaitu akal yang tidak ada ilmu, bodoh, tidak tahu dan tidak faham, tidak boleh dibawa berbincang. Dia tidak ada pendapat atau buah fikiran. Semua persoalan dijawab dengan senyuman kosong yang tidak mempunyai apa-apa erti. Lebih-lebih lagilah kalau dia gila dan kurang siuman. Percakapannya tidak logik dan tidak seimbang. Hanya meracau-racau, tidak ada pertimbangan.

Si cilik tampan

Apa yang salah pada orang, betul pada dia. Apa yang betul pada orang, salah pada dia. Dia anggap semua orang lain gila. Dia sahaja yang tidak gila. Itulah tanda dia gila.


Kalau bodoh atau gila, cantik macam manapun tidak diambil kira. Jasad dan tubuh akan hilang cantiknya kalau bodoh atau gila. Itu bukti akal itu lebih utama dari paras rupa. Malahan kecantikan paras rupa hanya akan terserlah bila kita ada akal yang sempurna.


Muslim bijak
Namun, apakah harga sebuah akal walaupun bijak dan berilmu sekalipun.Apakah nilai sebuah akal yang tahu segala sesuatu. Pandai berhujah, pandai menyelidik, pandai mengkaji dan pandai merumuskan sesuatu. Kalau hati jahat, gelap dan kotor.


Iaitu hati yang penuh dengan dosa dan noda. Hati yang penuh dengan bermacam-macam sifat kotor dan keji. Khianat, tamak, bakhil, dusta, kasar, pemarah, angkuh, sombong, penting diri, buruk sangka, hasad dan dengki. Nafsu yang rakus dan buas macam kuda liar.

Meronta-ronta hendak merebut dunia seolah-olah tidak akan mati. Lebih-lebih lagilah hati yang tidak kenal Tuhan. Yang tidak cinta dan takut dengan Tuhan. Yang telah menabalkan nafsunya sendiri menjadi Tuhan. Tidak ada akhlak kepada Tuhan. Tidak ada akhlak sesama manusia.

Muslimah cantik

Apa ertinya orang yang kacak, lawa dan tampan pula, punyai akal yang bijak dan tajam, tetapi jahat dan tidak berakhlak. Kufur kepada Tuhan. Kasar pada manusia. Menindas, menekan dan menzalimi manusia.

Kacak dan lawakah orang seperti ini? Cantik dan tampankah orang yang seperti ini? Cerdik dan pandaikah orang seperti ini? Kalau pun cantik, kalau pun tampan, kalau pun cerdik semuanya akan tenggelam di dalam kejahatan dan kehinaan akhlak dan peribadinya. Orang akan benci. Orang akan marah. Kepintaran akal dan kecantikan paras rupanya akan hilang dan menjadi samar kerana perangainya yang seperti haiwan.


Hati dan rohlah yang paling berpengaruh. Kalau hati baik dan luhur, ia akan terpancar kepada akal dan jasad. Hati dan roh itu adalah hakikat diri manusia. Manusia itu adalah hati dan rohnya.

Berusahalah untuk mencantikkan hati. Kecantikan hati itu lebih utama dari kecantikan akal dan paras rupa. Bila hati cantik, akal akan bersinar. Bila akal bersinar, kecantikan paras rupa akan terserlah. Sebaliknya bila hati gelap, akal akan menjadi malap.Malap akal maka lenyaplah kecantikan paras rupa.
Cinta dalam cinta

Kecantikan akal dan paras rupa akan habis di dunia. Kecantikan hati akan bersinar sampai bila-bila, kekal tanpa penghujungnya sampai ke Akhirat.

Akhlak ialah bunga diri..indah dilihat oleh matasenang di rasa oleh hati, tiap org jatuh hati
orang yg tiada akhlak,harta banyak tiada nilainyawajahnya yang cantik hilang serinyaberpangkat tinggi pun orang benci