Tuesday 12 June 2012

Warkah Cinta Terakhir


Saya telah mengembara ke hujung dunia,mencari CINTA saya.Tapi pertama kali saya bertemu awak,hati saya terus terpaut.Demi Tuhan,saya tidak tahu kenapa,tapi itulah kebenarannya.

Saya telah menolak awak,tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak,awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan.Dan awak berjanji saya bukan salah seekor rama-rama perhiasan di dinding kamar tidur awak.

Hanya dengan sebuah renungan,saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak.Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyanyangi awak.Dan di saat saya menCINTAI awak,saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam.Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang,seribu impian dan saya mula berfikir,saya mengembara ke hujung dunia untuk mendapatkan cinta awak,mencari awak,rupanya awak di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.

Bagai merpati putih CINTA saya berkelana mencari singgahsana di hati awak.Nyata saya tak menemuinya.Tapi akhirnya,bila awak telah memiliki CINTA saya,awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam.Di sana saya tak mampu melihat cahaya.Awak berikan saya harapan,dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar dalam diam.

Saya sedih sangat,bila awak kata awak tak tahu apa sebenarnya yang awak cari.Tapi di sudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar-benar jatuh CINTA pada seseorang.

 Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?

Siapa yang memujuk saya bila saya merajuk?

Siapa yang mengajar saya bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?

Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?

Siapa yang selalu beritahu saya,rawat dulu diri sendiri sebelum kita boleh jaga orang lain?

Awak kan…L

Awak mungkin jenis lelaki yang boleh menyintai ramai perempuan berkali-kali,tapi saya pula perempuan yang percaya dalam hidup saya hanya ada 1 LELAKI,1 CINTA dan 1 PERKAHWINAN.

Kita hidup hanya sekali,mati sekali dan menyintai sekali,tu terpulang pada seseorang.

Melangkah pergi meninggalkan awak,telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada.Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak.Jangan...Sekali saya sayang orang tu,selamanya tetap saya sayang,selamanya awak di hati saya.

Bagaimana harus saya bencikan awak???Sedangkan setiap hari,waktu dan saat saya merindui awak,biarpun pada ketika awak berada di sisi saya.Di setiap saat saya mengingati awak.Seumur hidup ini saya mencintai awak.

Awak sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak,saya ingin kongsikan sesuatu yang tidak pernah awak tahu.Kalau awak bertanya kepada saya,sedalam mana saya CINTAKAN awak,inilah jawapan saya.

”Kalau 1 hari,awak kehilangan mata,saya akan memberikan mata saya,agar awak dapat melihat indahnya dunia ini.Meskipun waktu itu,saya akan buta buat selamanya.”

“Dan 1 hari awak kehilangan hati,saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup untuk mencapai impian dan cita-cita awak.Meskipun waktu itu,saya tiada lagi di dunia ini.(awak tak pernah tahu,yang awak memiliki hati saya).

Semuanya untuk awak,tapi satu sahaja yang tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya.

Seseorang pernah berkata,

“If you really LOVE someone,then let that person go.If that person is meant for you,than that person will come back to you eventually.But if that person does not,then that person was never meant for you,in the first place.

Awak,

Kerana saya mencintai awaklah saya melangkah pergi,demi kebahagiaan awak.Saya berdoa supaya suatu hari nanti,awak akan temui apa yang awak cari.Supaya suatu hari nanti,awak akan memahami apa erti CINTA yang sebenar.Supaya suatu hari nanti,awak akan dapat mengetahui,bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

Awak,

Saya percaya pada Tuhan,yang mempertemukan kita,saya tahu dan saya pasti mesti ada hikmah di sebalik semua ini dan saya tidak akan menyesal kerana mengenali awak dalam hidup saya.Saya juga tidak akan menyoal apa yang berlaku di sebalik perpisahan ini,sekurang-kurangnya sepanjang saya mengenali awak,saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya,andai benar kita punya jodoh,awak akan kembali pada saya.Itu bukan harapan saya,tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan Tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya,saya percaya mungkin itu yang terbaik.Tak salah untuk menyintai seseorang,tapi CINTA itu tak seharusnya memiliki.Melepaskannya itu sememangnya lebih baik.

Thanks for everything sebab pernah hadir dalam hidup saya…L

No comments:

Post a Comment