Kepada Bf anak aku,
Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok
hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2
atau sesapa.
Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang
aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher
anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh
tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..
Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar
londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan
suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang
seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku
akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat
pinggang.
Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks
‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai
perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin
membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni,
aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan
kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?
Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan
aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan
atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku
minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan
jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”
Peraturan
6: Aku rasa ko ni hensem,
popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang
lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok
dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan
pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia
break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.
Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan
dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko
leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat
ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.
Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali
korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2
tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua,
polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang
tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku
terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai
ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu
elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.
Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer
perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari
spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan
korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar
melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar
tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak
khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang
nak tanye. Jangan main2 ngan aku.
Peraturan
10: Ko patut takut ngan aku
ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa
bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual
kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai
kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap
dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk
minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah
teropong senapang sniper aku.
Sekian, Yg sengaja menakutkan,
Bapak Kepada Gf ko.
No comments:
Post a Comment