Rasulullah
s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat
apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan
kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R.
Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan
yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas
sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin
waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa
cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal
lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal
dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mahu belajar kan?
Lagi
satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari
sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga,
jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka.
Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi
adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya
masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu
ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun
biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih belajar.
Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu.
Jadi,
sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada
isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri
gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada
masalah di situ.
Yang
penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah,
rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya
tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu.
Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu
memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah
mencukupi untuk dijadikan nafkah.
Nabi tak
larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman
Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan
kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.
Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah
kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha
Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam
mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa
perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan
bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu
merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah
keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak
menghadiri jemputan walimatul urus.
Jadi,
jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin,
sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang
sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar
adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam.
Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda
Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah
ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang
penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga
kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak
terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau
rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin
la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin
la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu
maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda.
Benda
yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak
baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan
benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan
yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat.
Kenapa
kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung
mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah
iman.
Sabda
Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang,
yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila
tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul
kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5.
Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini
soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni.
Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah
saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap
menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?
Pendek
kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau
apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan
diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding
orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin.
Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam
mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini
la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama.
Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham,
insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.
Tapi
kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan
fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada
adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup
wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap
hujah yang diberikan seperti di atas.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin
al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh,
janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam
Ahkam An-Nisa)
Nasihat
saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat
bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak
kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan
masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang
terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang
benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R.
Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment