Dalam adat orang Melayu,
kebiasaannya perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg
diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah
lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang.
Namun, ada juga orang yang
menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak
tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan
sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duan atau
merendet) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk
ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain
sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike “cuba-cuba” atau
“trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam.
Ramai di kalangan remaja
pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup
zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang
berkata,”Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi
kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: “Siapa kata tak boleh
coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal..
iaitu BERNIKAH!”.
Apabila persoalan nikah ini
diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum
bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”,
“Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”,
“Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi.
Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang
halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang
haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib
berkhitbah!”.
P/S : Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya: “Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau.”
P/S : Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya: “Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau.”
1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik

No comments:
Post a Comment